Minggu, 27 Februari 2011

Hipertensi

APA ITU HIPERTENSI?
Hipertensi juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Hipertensi adalah masalah kesihatan masyarakat di negara maju serta negara membangun termasuklah Malaysia. Di Malaysia, kebanyakan kes tekanan darah tinggi tidak dilaporkan. Lebih kurang 30 peratus kes tekanan darah tinggi tidak dikesan sehingga komplikasi lain seperti angin ahmar, serangan jantung, sakit buah pinggang timbul. Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 1997 menunjukkan kadar berlakunya tekanan darah tinggi adalah 24 peratus dan dijangka akan meningkat kepada 40 hingga 45 peratus dalam masa 20 tahun yang akan datang. Bagi kes yang telah ditemui, 4.1 peratus tidak mendapat rawatan. Tekanan darah tinggi memberi kesan yang besar kepada kos perubatan.
Hipertensi diukur dengan mengukur tekanan sistolik dan tekanan diastolik.
  • Tekanan sistolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengecut dan darah dipam keluar.
  • Tekanan diastolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengendur dan darah dipam masuk
Contoh bacaan:
120mmHg (sistolik)
80mm Hg (diastolik)

Pengkelasan tekanan darah di kalangan dewasa
(berumur 18 tahun dan ke atas)

Tekanan darah (mm Hg)
Kategori
Sistolik
Diastolik
Optimum
120
80
Normal
130
85
Normal tinggi
130-139
85-89
Hipertensi
Tahap 1 ( ringan)
140-159
90-99
Tahap 2 (sederhana)
160-179
100-109
Tahap 3 (teruk)
180-209
110-119
Tahap 4 (sangat teruk)
≥210
≥120




SIAPA YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT HIPERTENSI?
   




   
APAKAH SIMPTOM ATAU TANDA HIPERTENSI?



APAKAH KESAN HIPERTENSI
  • Hipertensi adalah berbahaya kerana ia akan membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.
  • Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta kematian.
10 TIP MENJAGA KESEHATAN
TIP 1
CAPAI BERAT BADAN NORMAL
  • Kekalkan berat badan yang unggul dengan Indeks Jisim Tubuh berada di dalam julat 18.524.9kg/m²  
  • Elakkan daripada mengalami pertambahan berat badan jika berat sudah berada di dalam julat normal.  
  • Jika mengalami masalah berlebihan berat badan, berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara yang tidak memudaratkan secara beransur-ansur
TIP 2
TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL

  • Tingkat aktiviti fizikal dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup aktif.
     
         Tetapkan waktu untuk melakukan senaman yang teratur dan mengikut kemampuan seperti berjalan pantas sekurang – kurangnya selama 30 minit selama 6 hingga 7 hari seminggu. Ini adalah satu permulaan dalam usaha penurunan berat badan bagi kebanyakan individu.
       Jika mengalami kesuntukan masa, maka aktiviti berintensiti tinggi perlu dilakukan seperti jogging selama 20 minit untuk 3 hari seminggu.
  • Amalkan gaya hidup aktif dengan meningkatkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian. Contoh,  menggunakan tangga berbanding lif
          
KEBAIKAN SENAMAN
Senaman atau peningkatan aktiviti fizikal dapat :  
  • Menurunkan tekanan darah sebanyak 10/8mmHg (hipertensi) dan 2/3mmHg (normotensif).
        Menguatkan jantung dan sistem peredaran darah Mengurangkan lemak badan dan mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Mengurangkan tekanan hidup
  • awas
Hentikan senaman jika anda berasa...
TIP 3
MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT  
  • “Kita adalah apa yang kita makan” adalah suatu perumpamaan yang sering diungkapkan.   
  • Oleh itu amalkan pemakanan sihat untuk mengawal tekanan darah.
  • Diet yang sihat terdiri daripada semua komponen makanan yang penting kepada manusia iaitu sumber karbohidrat, protein, lemak, sumber serat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan, vitamin dan pengambilan air yang cukup.
TIP 3
MENGAMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT  
  •  “Kita adalah apa yang kita makan” adalah suatu perumpamaan yang sering diungkapkan.   
  • Oleh itu amalkan pemakanan sihat untuk mengawal tekanan darah.
  • Diet yang sihat terdiri daripada semua komponen makanan yang penting kepada manusia iaitu sumber karbohidrat, protein, lemak, sumber serat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan, vitamin dan pengambilan air yang cukup.

TIP 5

TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT

·         Makanan yang tinggi serat terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan kekacang seperti kacang dhal, tauhu dan tempeh.
·         Sayur-sayuran dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol dan sangat rendah kandungan lemak, kalori dan natrium.
·         Makanan yang tinggi serat merupakan sumber mineral dan vitamin yang baik.
TIP 6
 HADKAN LEMAK DALAM DIET
  • Elakkan makanan tinggi lemak seperti makanan segera, burger, mentega, mayonis dan kuih-muih
  • Memilih makanan daripada sumber lemak monotaktepu seperti minyak kanola dan minyak zaitun
  • Memilih makanan daripada sumber lemak politaktepu seperti minyak jagung
 TIP 7
 PENGAMBILAN KALIUM, MAGNESIUM & KALSIUM YANG MENCUKUPI

TINGKATKAN PENGAMBILAN KALIUM (Potassium)
  • Kalium adalah mineral yang boleh mengawal tekanan darah.
  • Kalium boleh diperolehi  secukupnya daripada diet yang seimbang.
  • Sumber kalium adalah daripada buah-buhan dan sayur-sayuran. Buah-buahan yang kaya dengan kalium adalah pisang dan oren manakala sayur-sayuran yang kaya kalium adalah seperti karot, bayam, kentang dan brokoli


TINGKATKAN PENGAMBILAN MAGNESIUM
  • Magnesium adalah mineral yang membantu dalam mengawal tekanan darah.
  • Diet yang  rendah magnesium menyebabkan tekanan darah meningkat.
  • Keperluan magnesium boleh dipenuhi daripada diet yang sihat.
  • Magnesium boleh didapati dalam sayuran hijau, kacang dan kekacang

TINGKATKAN PENGAMBILAN KALSIUM
  • Kalsium adalah mineral yang penting bukan sahaja untuk tulang dan gigi tetapi juga untuk mengawal tekanan darah.
  • Saranan pengambilan kalsium bagi orang dewasa adalah 800-1200mg/hari dan boleh dipenuhi daripada diet yang sihat.
  • Keperluan kalsium boleh dipenuhi dengan mengambil makanan yang tinggi kalsium seperti susu rendah lemak, yoghurt dan keju.
  • Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi perlu mengambil lebih makanan yang mengandungi kalsium.
 
TIP 8
KURANGKAN ATAU ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
  
  • Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman seminggu.  
  • Alkohol boleh meningkatkan risiko hipertensi. 
  • Pengambilan alkohol berlebihan akan mengurangkan keberkesanan ubat hipertensi yang diambil.
  • Jika boleh elakkan terus daripada meminum alkohol.
 KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKO
  • Jangan merokok dan elakkan daripada menghidu asap rokok.  
  • Rokok tidak menyebabkan tekanan darah tinggi tetapi boleh meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu.  
  • Asap rokok mencederakan dinding salur darah dan mempercepatkan pengerasan arteri jantung.
TIP 10
MENANGANI STRESS (TEKANAN)

  • Tekanan atau stress adalah sesuatu yang normal dalam kehidupan tetapi jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada masalah emosi, fisiologi, dan juga masalah fizikal seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit dada dan degupan jantung tidak teratur.
  • Aras tekanan yang tinggi menyebabkan faktor risiko (menggalakkan) penyakit jantung seperti tinggi kolesterol dan tekanan darah tinggi bertambah teruk.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar